Sunday, August 2, 2009
Saturday, July 25, 2009
rokok jeans kemeja blues
i.
Gian untuk menulis,tapi malas untuk menulis disana. Lalu saya memilih disini. Mungkin kerana blog ini kurang sedikit perhatian dari blog yang satu lagi atau mungkin juga kerana disini saya merasa lebih menjadi diri sendiri. Warna putih memang mempengaruhi suasana. Dulu pun semua baju dan kemeja saya adalah putih sebelum ditukar hitam untuk menutup perut yang semakin mengandung. haha.
ii.
Dihari-hari dimana beliau tidak keghairahan atau sibuk melayan perempuan, sinaga-naga rajin menghantar pesanan ringkas. kadang untuk menkhabarkan,kadang untuk bertanya atau jarang-jarang dia sengaja ingin bermesra. Saya kepada dia juga begitu. Maklumlah,kami ini katanya berkawan-kawan. Salah ayat itu agaknya. Berkawan-kawan membawa makna lain. Kamu lebih tahu.
iii.
-budak-budak sekarang rokok pun tak isap! baca pesanan ringkas sinaga-naga entah berapa haribulan lalu. Kami bercerita tentang betapa tidak bluesnya remaja sekarang.Mengaku hip tetapi tidak merokok dan pada kami (yang mengaku kutu zaman blues) ini adalah dosa besar.
Tidak tahu saya tentang remaja zaman sinaga-naga,namun saya dizaman muda hanya kuat dua perkara. Satu memenuhkan kepala dan duanya adalah musik dan wayang gambar.Bukan pula dizaman itu kurang perempuan,cuma usaha kesitu hanya menjadi agenda peribadi. Tidak seperti hari ini dimana ianya menjadi acara berkumpulan.
iv.
Saya sendiri pula hanya mengenali perempuan setelah agak berusia. Agaknya kerana diawal remaja,saya berjanji untuk tidak bernikah. Puncanya adalah kerana saya amat malu apabila diberitahu kamu wajip telanjang untuk bersetubuh. Tapi,itu cerita dulu, hari ini jika kamu tawarkan watak untuk filim lucah,jika kena bayarannya, mungkin saya akan setuju.
v.
Sebut mengenai perkara itu, saya amat bersetuju dengan penulis blog keretamayat. Hari ini rata-rata remaja dan dewasa amat memikirkan cara bagaimana untuk melakukan hubungan kelamin.Tivi,radio dan segala akhbar dan majalah tanpa malu mengiklankan ubat-ubatan yang menuju kearah hebat hubungan kelamin.
Saya pernah malu untuk menonton rancangan pagi di tivi bilamana pengacara perempuannya berulang kali menyebut perkataan 'kemut' demi untuk mengajar penonton cara mencapai had maksima dalam hubungan kelamin.
Ada benarnya kata seorang perempuan di radio BERNAMA tempohari, orang sudah kemana-mana,kamu masih asyik terhenjut-henjut diranjang.
vi.
Rasanya kutu zaman blues dulu adalah klimak sejarah perkutuan.Pakaian kami mudah. Jeans dan kemeja t. Tidak ada tekanan untuk kelihatan seperti sesiapa kerana itu zaman yang menjadi penanda fesyen remaja hip hari ini.Jika ada uang, kami beli fruit of the loom,jika tidak kami berpagoda.Empat ringgit untuk pagoda dan enam ringgit untuk fruit. Jika kenal taukeh kedai,mungkin boleh kurang seringgit.
Dulu semuanya tentang hubungan peribadi. Hari ini hingga ke gadis jurujual pun sudah profesional.
Lee dan Levis adalah wajip atau Amco juga Saddle King dimaafkan. Biru atau kadang-kadang hitam. Peter and Jeannie adalah dosa besar dalam undang-undang kutu. Jika jeans kamu berwarna biru biji kundang, kamu adalah setan bermata satu dan perlu dijauhi.
Budak perempuan dizaman itu tidak rungsing untuk kelihatan seksi. Mereka masih ada malu.
Malang sedikit bagi kawan-kawan bangsa Cina ketika itu. Mereka kekal berbaju sendat dipinggang serta berseluar kain separa plastik berkaki besar. Oh! jangan lupakan selipar jepun tinggi 6 inci mereka. Agaknya mereka ini adalah prototaip para ah beng hari ini.
Kawan dari bangsa India dan Sikh rasanya begitu-begitu hingga hari ini.
Johnny Winter dan John Mayall dan tentunya Blues Gang dengan anytime anydaynya adalah pujaan waktu itu. Semua mereka sudah tua,seperti kami.
vii.
Ahhh..keinginan untuk menulis sudah habis.Mungkin jika ada lagi ketagihan untuk menulis,saya kesini untuk bercerita lagi. Lagi pun, tujuh adalah nombor kegemaran saya.
Friday, March 13, 2009
manukan ke sapi ke gaia
Saya masih di Sabah dan saya sukakannya. Jika saya mempunyai daya, saya ingin menetap disini. Maksud saya di Kota Kinabalu.
Pulau-pulau sekeliling Kota Kinabalu sangat cantik. Walau bagaimana pun, secara peribadi saya lebih sukakan Pulau Tioman,Kampong Salang khususnya kerana dari semua pulau yang pernah saya lawati setakat ini, Kampong Salang berada ditangga pertama.Dan untuk tujuan menunjuk-nunjuk, pantai di Kampong Salang,Pulau Tioman mengingatkan saya kepada pantai Malaga di Sepanyol.
Malam pertama disini,saya mencuba makanan lautnya yang terkenal itu dan setelah mencuba udang,ketam dan sotong,saya dapati ketam di Sabah ini adalah yang paling lazat pernah saya rasa. Mungkin disebabkan faktor kesegarannya.Untuk seekor udang yang sederhana saiznya,secucuk 8ekor sotong kecil,2ekor ketam dan setin minuman berkarbonat,saya membayar 45 ringgit. Mahal atau murah bergantung kepada persepsi masing-masing.
Oh! ketam yang dibakar itu datang bersama getah pengikatnya.Saya sangka ketam disini dibakar bersama bihun!Hahaha.
Jika ada sebarang sungutan setakat ini, saya dapati masyarakat Sabah sedikit 'reserved' dan mereka seolah berhati-hati apabila didatangi orang luar. Gadis yang menerima tempahan hotel saya juga tidak senyum dan senyum adalah penting untuk saya maka berpura-puralah gembira bertemu saya kerana wang saya membayar gaji kamu.
Sedikit catatan;
-minta izin jika mahu mengambil gambar.
-selain makanan laut,makanan disini tidak menepati selera saya.
-payah mencari roti canai.
-kanak-kanak dijalan kelihatan seperti tidak bersekolah.

Thursday, March 5, 2009
ambiguiti warna
-ikut hati,mati.ikut setan,kena rotan,dengan kata-kata itu maka akan hinggaplah barang sejalur rotan dibelakang.
Saya merasakan yang Cikgu Manap melafazkan kata-kata itu sebagai alasan untuk dirinya.Dia seorang guru yang baik. Seorang guru yang lembut melainkan jika kami nakal.
Dia juga pembekal akhbar Utusan Pelajar disekolah kami dan saya adalah pelanggan tetapnya. Ketika itu akhbar berkenaan berharga 20sen senaskah.Walau bagaimana pun, saya diperkenalkan akhbar itu oleh Mok saya sendiri. Rasanya Mok membelikan akhbar berkenaan dari keluaran pertama.
Kami kekal bersahabat lama setelah saya meninggalkan sekolah rendah.
Dua minggu lepas saya bertemu beliau setelah solat Jumaat. -sihat? tanya saya kepada beliau. -ginilah...,jawab beliau.Beliau cuma boleh melangkah perlahan-lahan. Kami berjalan beriringan dan berpisah apabila sampai ke kereta. Beliau dipandu oleh anaknya.
Hari ini saya sembahyangkan jenazahnya. Al-fatehah.

Wednesday, March 4, 2009
udara dari gunung debu dari rindu
Setelah menjemput beberapa penulis untuk menulis diblog,saya merasa seperti terlepas beban. Tiada lagi rasa tanggungjawab untuk sentiasa menulis disana.Kemudian saya mulakan pula blog ini! Memang mencari penyakit.
Walau bagaimana pun, saya tidaklah bercadang untuk berlama diblog baru ini. Blog ini saya ujudkan hanya sebagai pengaru apabila gatal untuk kembali menulis.
Dan kamu sentiasa membuatkan saya tersenyum dan sedih dalam satu masa. Cuba lihat contoh bagaimana kamu terjumpa blog saya dibawah ini;
Search Term
7 28.00% abdullahjones
4 16.00% Abdullah Jones
3 12.00% bomoh cabul
2 8.00% sedapnya berasmara
1 4.00% resepi agar agar buat bunga
1 4.00% abdullah jones blog
1 4.00% cerita rogol jiran
1 4.00% abdullah jones blogspot
1 4.00% Bekelah
1 4.00% tudung dia tutup buah dada
1 4.00% rajawali-azie.blog
1 4.00% http://rajawali-azie.blogspot.com
1 4.00% Kisah Kongkek

Subscribe to:
Posts (Atom)